Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Ramadhan Al Mubarak

A d v e r t i s e m e n t

Menyepi dekat seminggu ni bukannya apa..tiba2 ada pulak oder utk majlis selepas raya..ingatkan dah tak de org nak oder so buleh la rehat2..sebab dah dpt order bunga dulang utk member yg nak kawin tu..rupanya ada jugak yg nak oder last minit…so sekarang ni bertungkus lumus la menyiapkan bahan mentah…riben2, bunjut potpouri dah siap, then kipas organza..dawai pemegang..net pon dah siap ikat..dateline seminggu sebelum raya..kalau boleh siap cepat, lagi senang hati…

Tercapai jugak hajat nak pasang langsir baru utk ruang tamu…mula2 hajat nak jahit sendiri…tapi since bakat menjahit kurang menyerlah dan masa pon suntuk, serah aje la pada pakar..2 minggu lagi dijangka siap, diorang dtg pasang semua…karpet lama di ruang tamu pon dah basuh last weekend dan dijemur kering garing…dah angkat letak kat ruangan solat dalam bilik, oh langsir bilik pon akan bertukar sebab mmg inclusive in the package…lepas ni boleh la beli cadar yg sedondon dgn kaler langsir tu jugak….

Deal hamper tak dpt sebab boss company tu nak go for lower range of kurma dan kotak..tak pe la ada la hikmahnya..sebab kalau dpt pon deal tu nak kena keluar duit sendiri dulu sebab reimbursement lambat..bukan sikit2 plak tu..mencecah 10k dealnya..dgr je mcm untung byk..padahal untung nya tak sampai 10% pon…hubby kata bagus jugak tak jadi deal tu..kalau tak pening jugak dgn schedule sekarang ni…

Bad news, dapor tersumbat…saluran air dari sinki ke luar yg tersumbat…habis melimpah air dari sinki keluar ikut lubang di lantai…bukak penapis yg bawah sinki tu tak de apa sangat..mcm tau2 je seminggu ni tak masak..time ni la dia nak buat hal…esok nak mencari solution..tuang drain clog acid tu dan biar seminggu dua…it worked last time masa duduk flat…dah lama sebenarnya gaya2 nak tersumbat teruk tu..tapi lengah2 lagi…tak pe..still boleh di usahakan…

Emmm..sempena ramadhan dan aidilfitri ni, dah masuk nama utk buat hand made kad raya, exchange kat ahli2 forum…bagus jugak, byk teknik card making and paper craft yg di belajar..byk sumber kat internet…iris folding, tea bag folding…westerners ni mmg ramai yg minat benda2 craft ni dan tak kedekut nak share ilmu, byk template, design yg diorang share online, instructions dari yg basic sampai la yg advanced…so sekarang tgh cuba2 la paper craft ni..biasa la bila ada je oder client mula la deviate nak buat benda lain..distracted betul, time nak buat bunga tu la rasa nak tgk tv la..padahal selalu tak pon…hahahha..

Jualan brooch dan rempah pon semakin mendapat sambutan…ada jugak ura2 nak jual tudung..tapi still dlm perancangan sebab ramai client yg suka amik brg tapi bayar kemudian..leceh la kan..mcm mana nak rolling modal camni…hehehehe..

Well, that’s all for weekly update…kalau ada masa nanti akan update lagi…kalau tak jumpa di awal Ramadhan…take care ppl, have a good week ahead!

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Ramadhan Al Mubarak

  1. WAH NI MEMANG NAK BERPOSA SAKAN NIE…

    BAGUS LAH SEBAB ADA IDEA YG BERNAS BAGAIMANA NAK CANTIKKAN BILIK DAN RUMAH.

    TERINGIN NAK BELI SAMBAL RENDANG TU. DAH DUA KALI KE JJ TU, TAPI TAK KESAMPAIANLAH PULAK NAK KE RUMAH MQ…

  2. selamat menyambut bulan ramahdan al mubarak.. dan selamat berpuasa utk mq dan keluarga..

    selamat juga menghias rumah utk menyambut syawal nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>