Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Combination Yellow Gold

A d v e r t i s e m e n t

Semalam ada member request tambahan 20 btg bunga telur utk majlis berinai beliau. Tapi nak ubah kaler lain pulak instead of cream n hijau mcm kat previous entry. So memandangkan ada bahan kain stokin kuning, MQ pon buat la satu sample..mula2 campor ngan hijau utk daun, tapi combination mcm out sgt2..sekali tgk gaya macam kaler kek lapis plak..so terus tak jadi nak promo…yg ni mcm ok la jugak..cuma nampak striking n lari dari theme member tu yg nak something sweet n simple..maybe kaler kuning lembut dan coklat lembut buleh memenuhi kriteria beliau. Kena cari bahan lagi la maknanya tu..hehehe..MQ suka aje pegi cari bahan kat kedai bunga ni…

Kiranya masuk kedai bahan bunga ni second choice la lepas masuk kedai buku…boleh belek barang berjam2 sampai hubby pon mcm nak tercabut kaki menunggu..kesian hubby…tapi dah mintak nak pegi sendiri tak bagi, so kena la ikut…hehehe..kira aci la, MQ pon selalu ikut hubby pi tgk brg komputer, cuma sebab org laki ni jarang nak belek brg lama2..tgk harga, terus angkut beli…so tak sempat la nak tercabut kaki menunggu…hahaha…

OK la..hari ni cuaca hujan mendung lagi, time basuh kain tu la dia nak hujan..hari tak membasuh panas terik plak tu..isk isk…emmm tak sabar nak tunggu weekend ni..weekend panjang, lama skit hubby ada kat rumah…

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>