Kelas Decoupage May 2017

A d v e r t i s e m e n t

Makin ramai nampaknya yang mencari info tentang balang kuih raya..ye la musim puasa dan raya dah nak dekat. Jadi ramai yg jenis suka prepare awal akan mula sibuk look around, baca sana sini kat mana nak beli baju raya, kat mana nak tempah kuih raya yg best, kan? kan?

Ini rupa balang kuih raya yg I buat tahun 2012. Masa ni anak sulung memang tengah lasak, kalau letak jenis kaca tu mau guling2 kuih raya atas lantai, berderai satu kerja mak nak bersihkan kaca yg terhempas ke lantai nakkk oii..

balang-kuih-raya-decoupage-2012

Maka terhasil la balang kuih raya versi balang plastik ni..bila dah tempek tisu decoupage, kasik shading bagai, orang ingat I lukis gitu..tak, tak, tangan I tak cukup berseni nak lukis bunga rose tu jadi secantik printed tissue, dik oii..semua gunting tampal je tu.

Kalau nak belajar teknik asas decoupage ni meh la datang join kelas 7 May ni, hari Ahad. kelas express 3 jam lebih je..lepas tu balik rumah lebih dari balang plastik ni korang boleh decoupage kan..boleh buat tudung saji jugak tau..eh eh tak caya, nak tunggu gambar tudung saji berdecoupage i..ye ye..sabo..sebelum puasa ni siap la tudung saji tu. Sekarang masih separuh jalan dok gunting tampal tisu nya.

So apa lagi, nak belajar kan? Boleh komen kat post ni, letak email address yg valid senang I nak reply, tak pon masuk la FB bungatelur.com, senang PM je kat sana..tempat terhad 6 orang je. Kalau terlepas kelas ni kena tunggu lepas raya la..boleh je kot..buat balang kuih utk raya haji pulak..eheh!

Related Posts with Thumbnails

Leave a Comment

Filed under On SOHO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>