Kelas Decoupage November 2012

Untuk yang masih mencari tempat untuk belajar seni decoupage, kelas seterusnya akan diadakan pada 10 November 2012, hari Sabtu jam 3 hingga 5:30 petang bertempat di Puchong.

Gambar hasil decoupage di atas di buat di atas papan pemotong plastik (chopping board). Motif tisu yang digunakan terdiri dari gambar buah-buahan dan sayuran. Hasil decoupage seperti ini sangat sesuai utk yang gemarkan seni menghias dapur.

Peserta kelas akan diajar asas mewarna permukaan, menggunting dan menampal tisu, teknik shading, menekap tulisan dan mewarna tulisan di atas medium decoupage. Setelah semuanya siap, pinggan atau frame kayu akan divarnish.

Yuran untuk kelas asas ini sangat berpatutan, hanya RM60. Medium decoupage yang digunakan untuk kelas adalah dari jenama Jo Sonja, Americana dan Plaid. Kelas komersial di luar selalunya mengenakan caj dari RM200 ke atas.

Jika berminat untuk menyertai kelas ini, anda boleh hubungi saya menerusi email farah[at]bungatelur.com atau sms ke 012 6482121.

Leave a Reply