Posts or Comments 12 March 2010

Kelas Bunga Dip/Decoupage March 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 March 2010, Sabtu

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

************************************************************

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas decoupage di atas cawan seramik. Semua bahan akan disediakan semasa kelas praktikal. Hasil kerja boleh dibawa balik.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 March 2010, Ahad

Masa: 3:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM60

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip/decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 08 Nov 2006 05:03 am

Open House Hari Raya

Waduh..letih sungguh 2-3 hari ni..bermula dari hari Jumaat mlm bertungkus lumus menyiapkan bahan2 nak masak pagi Sabtu utk open house sampai la ke dinihari Rabu ni membasuh pinggan mangkuk, periuk belanga semua…

tapi sambil2 tu sempat lagi berkejar ke pos ofis pos order client on Monday…pos rempah 17kg ke jepun ptg selasa, pos rempah soto ke Seremban sebab ada yg nak buat kenduri doa selamat mkn soto..pos kon mengkuang utk client yg order masa tgh2 raya…

apa2 hal walaupon first time buat open house sejak kawin 3 tahun ni…kira buleh dikatakan berjaya jugak la open house tu..semua makanan cukup..masing-masing ada pilihan nak mkn apa, yg pedas, tak pedas, berkuah, western, tradisional…

dalam pada kelam kabut di dapor mencuci sudu garfu besi…(dah letak yg plastik tapi yg besi jugak org pilih…) dpt juga jumpa dan sembang ngan kwn2 lama..mmg dah selalu sembang online or email..tapi open house ni dpt jumpa depan2…kwn2 ofis hubby pon ramai yg dtg…ingatkan diorang segan..kwn sekolah dulu, kwn kat U, kwn ofis lama semua dtg mostly…kwn blog, kwn meniaga..sempat jugak tu jual brg…bukan la nak meniaga sgt tapi kebetulan mmg ejen2 nak dtg amik brg, yg client nak collect tempahan..kira ok la kan 3-in-1 la tu, dtg beraya, mkn2 dan menyelesaikan urusan bisnes…hahahha

ada jugak kwn russian yg dtg all the way dr singapore, pantas betul dia drive 2 1/2 jam dah sampai kl..katanya drive 160km/h…hahahha..tunggu je la saman tu..tapi mungkin juga ops sikap dah habis sebab dah baper minggu dah ni..ke blom ek?

overall mmg best la dpt buat open house ni..cuma bila dah ramai rasa mcm nak cari umah yg lagi besar…kesian tetamu ada yg sampai mkn di tangga..nasib baik la tangga tu mmg luas..buleh duduk 2 org lagi atas tangga tu…kerusi2 lipat pon tak de..harapkan sofa dan kerusi meja mkn je…

catering nasik tomato pon berjalan lancar, tapi herannya kenapa lauk byk tak habis? ada yg diet tak nak mkn nasik kot…atau bak kata member yg dtg tu byk sgt pilihan makanan..ada lontong, ketupat dan serunding, cheese cake home baked tu…hehehe..ada spaghetti chicken (actually ni utk bdk2 yg tak tahan mkn pedas..) tapi tgk mak dan bapak bdk pon mkn sekali…tapi at the end of the day, tinggal saki baki je la…tuan rumah pon dah letih..nak mkn pon dah tak de tenaga…ada member german tu siap tapau bawak balik kuah kacang dan nasik impit lagi…hehehe…ada jugak yg tapau spaghetti n cheese cake…bila tgk semua org mkn rasa berbaloi tido kul 7 pagi siapkan bahan2 memasak hari jumaat tu..

3 tahun lagi boleh la buat open house lagi..tahun depan tak buat kot…nak pi open house org je…tu pon kalau ada yg buat la…sekarang ni rasanya mcm makin kurang yg nak buat open house..masing2 sibuk ngan anak2 yg tgh lasak..atau maybe jugak yg berjimat cermat dgn keadaan ekonomi sekarang ni…yg penting dpt jumpa berhari raya dgn kwn2…tak semestinya kena ada makan2…

to those yg dtg open house, terima kasih la kerana sudi dtg ke teratak buruk dan mkn hidangan yg tak seberapa…minta maaf la tak dpt layan tetamu dgn baik…nanti2 jgn serik nak dtg open house kami lagi yer…


2 Responses to “Open House Hari Raya”

  1. on 08 Nov 2006 at 12:17 pm 1.annur said …

    aku nak gi bnr nya. huhuhu.. ko tanak buat dah ke. alaaaa.. kekeke.. eh tq ek pos rempah. harap2 xde problem la berat2 tuh. pasnih kena limitkan beratla, besar n berat kotak dari kau nnti :p

  2. on 09 Nov 2006 at 1:54 pm 2.MQ said …

    annur, thn depan ko balik tu..aku buat la mkn2 raya..tapi tak de la nak buat open house dah…

    tu la lepas ni max 10kg la satu kotak..tapi maybe lepas ni aku sambung work out balik..terus bleh angkat 20kg..hahahha..

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply