Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Monthly Archives: October 2006

Kilat dan Guruh

Lepas post entry hari Jumaat lepas, still online sambil2 buat apa yg patut…dalam pukul 5 lebih rasanya..dgr kilat dan guruh..rilek lagi online klik2 mouse mcm biasa…tv kat bawah as usual la on stand by mode..tak terfikir nak tutup ke apa..biasa la hari2 pon hujan sekarang ni….

dan tak semena2..dgr guruh yg kuat berdentum…huhuhuhu…black out..mesti trip power kat bawah ni..tapi sebabtgh guruh kilat kat luar..tak berani nak on balik …rilek dulu..call hubby kat ofis..bagitau kata black out…hubby suruh call TNB…

call TNB dia kata nak hantar org check…dalam sejam lepas tu beranikan diri check kat fius box tu..mmg betul satu down..so on balik ada la letrik..bila check tv…waaaa…tak leh on langsung..remote kot kurang bateri…tapi standy by light pon tak menyala langsung…

check tv dlm master bedroom pon sama..DVD player pon tak menyala..sah la ni dah terbakar dek kilat…

masuk bilik komputer…modem pon gone…cordless phone pon dah tak masuk line…dah la tv pon jahanam, nak online pon tak buleh ke..isk isk….hubby kata dia cuba balik dinner…nak tgk apa yg jadi…

tiba2 ada call kat phone bawah..rupanya org TNB dah ada depan rumah..dia kata nak check kat box luar tu…semua ok dia kata…harap2 tak jadi lagi la mlm ni…hubby kul 1am baru nak balik..time hubby keje shift 3-12 ni la dia nak jadi mcm2…

so duduk la di rumah yg sunyi dan sepi tanpa tv dan internet..nasib baik la radio kat dlm bilik tu ok lagi..sambil jahit manik di baju, tampal batu kristal kat baju kurung baru…menghitung jam bila la hubby nak balik…turun bawah, lepak kat sofa…baca buku n majalah..terlelap lagi…punya la bosan hidup saat tu…

pukul 12 call hubby dia kata ada problem besar kat Europe…waaaaaaa last2 kul 2 baru sampai rumah..nasib la tak black out lagi..kalau tak, tak tau la apa nak jadi…bila balik dah check mmg konpem la modem, dvd player, tv 2 bijik semua nya rosak di sambar kilat…surge protector pon boleh jahanam sekali…kena claim insurance ni…

hari sabtu terus pegi beli modem baru, hantar tv dan dvd player ke rumah kwn yg pandai baiki brg2 letrik ni..tu pon dia kata tak janji buleh betulkan ke tak..kalau spare part tv lagi mahal dr harga tv baru baik la beli je yg baru…

seharian sabtu tu dah dpt la online balik…sempat lagi beli stok stokin utk tempahan tambahan client kat kl…masuk je ahad mula la rasa moody….rupanya tak leh hidup tanpa tv..ingatkan tak pe kalau tak de tv pon…

keluar pegi alamanda…dan akhirnya dpt satu Wega..21 inci je la…lepas raya ni semuanya kopak dan pokai..tiba2 jadi plak dugaan tv meletup…isk isk..bersyukur la hubby baik hati belikan tv baru sementara nak tau apa nasib tv2 yg berdua itu…

dan hari ni..hidup pon menjadi normal..cuma sekarang cuak2 sebab hujan lebat kat luar…ya Allah jgn la kilat menyambar brg2 letrik di rumah ku lagi….

semoga selamat la hidup di dlm monsoon season ni….

Dark Cloud, Heavy Rain

These past few days asyik2 hujan sampai ke mlm…bila hujan mula hati pon rasa gloomy, sama gelap mcm langit kat luar…

I hate it when it’s monsoon season…suasana jadi mcm kelam, tak bersemangat nak buat apa2 pon..esp. bila tak de sapa nak share, or nak borak time2 org cuti raya panjang ni…bosan sungguh…kenapa la semua nak balik cuti raya lama2…

Dah cuba buat popia mini inti serunding ikan..tapi asyik2 tak menjadi….bila Manz Delight kat alamanda tu bukak, nak borong lagi sekarung popia mini tu…kalau tak sedap pon tak pe la..janji rupa dia elok nak letak dlm balang kuih raya…maybe mmg tak de bakat nak buat kuih muih raya ni…semlm pon buat dua jenis cookies..tapi hasil tak menarik..tapi hubby kata mmg kuih raya rasa camtu…cornflake madu sebalang dah dibawak ke ofis hubby…semua bdk2 department termasuk boss dia dok ulang mkn cornflake madu tu…heheheh agaknya mmg tak de bakat bila buat kuih2 bertepung ni..nampak gaya buat cornflake madu je la seumur hidup…hahahha..teringin nak buat biskut suji, tapi sis in law dah bagi separuh tupperware..cuma nak mkn suji yg lembut, lemak dan cair dlm mulut….yg beli pon mcm keras…maybe taste sendiri yg cerewet sgt kot…org lain dah rasa sedap pon still rasa mcm tak cukup bagus…

Guruh kilat kat luar…alahai..kalau hujan petang sampai ke mlm, tak best la plan nak buat open house nanti..nampak gaya tak jadi la nak buat BBQ kalau hujan turun mencurah2 mcm ni..silap2 gaya tetamu pon tak nak dtg sebab hujan lebat…isk isk….tapi kalau ubah agenda open house tgh hari pon, for sure yg dtg petang jugak…we just wait and see la…minggu depan boleh la contact kakak nasi tomato tu, jgn dia terlupa pasal catering tu sudah…sekarang semua org still in raya mood…so tak leh nak kacau2 sgt…buang karan je..oh one of my client bunga telur nak bertunang esok…jgn lupa hantar sms selamat bertunang mlm ni…semoga berkekalan ke jinjang pelamin..(come to think of it..kenapa org sebut jinjang pelamin ek…apa maksud jinjang…mcm leher yg jinjang..means tinggi dan panjang ke? ahaks….)

I’m going crazy over this heavy rainy festive season…cakap pon dah merapu…nak sambung jahit manik…org dah raya pakai baju raya ke sana ke mari…I’m still terhegeh2 jahit manik kat baju…oh God! Somebody help me get over this crazy weezy feelings….waaarrgggghhhhh…

Aidilfitri Season


Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog homemakerdiary.
Maaf Zahir Batin atas segala salah silap semasa menulis di blog atau yang ditinggalkan di komen blog masing-masing.
Andai ada terkasar bahasa, menyinggung hati mana-mana pihak.
Maaf dipohon di atas segala kekurangan dan kesilapan.
Semoga Hari Raya kali ini memberi makna baru dalam kehidupan.

Rempah oh Rempah

Tiba-tiba dekat nak raya ni jualan rempah menjadi hit plak…ada yg mengidam nak mkn mee bandung..sampai ke UK org mengorder..tapi yg slacknya stok plak terhad..bila kontek akak yg mmg angkut perencah bandung dr Muar tu, dia pon kata semua dah di booked org..aisey….hampa la semua client mcm ni…bila check kat plastik pembungkus tu tak de plak di letak kontek number…pelik jugak, pengusaha rempah ni tak de vision nak memajukan perniagaan dia ke..letak alamat je nak buat apa…kot org jauh2 nak order lagi cemana…yg rempah soto tu dah dihubungi..pn Nur Ain tu kata dia buleh hantarkan rempah sotonya, caj pon ok je la…plus dia kata dia ada jugak buat rempah mee bandung dan asam pedas..cumanya jenama Nur Ain ni Batu Pahat..yg mee bandung terkenal di Muar..tapi pikir balik kalau dah sama2 Johor dan kalau yg membuat pon Jawa..tak lari rasa dia..sah2 lebih kurang je…Tapi sebab tak pernah cuba lagi mee bandung jenama yg satu ni, tak berani la nak ckp apa2 kat client…kena test ni…heheheh…

Rempah Seri Tunjung plak tiba2 ramai yg order utk buat makan2 raya…ada yg recommend kata kerutuk sedap, yg paling laku mesti la gulai kawah, sebab rempah kelantan yg mkn pon org kelantan la kan…dah bincang dgn Distributor di KL, dia kata lagi baik kalau jadi ejen, harga dan stok lebih terjamin…member di Jepun dah upload gambo2 di fotopages rempahnya…tu yg sampai ke UK org kontek nak mintak hantarkan tu…so maybe Sabtu ni akan ke KL amik rempah2 baru mcm masak lemak lengkuas, nasi tomato, etc, kira2 rempah yg tak penah di test lagi…lepas amik je rempah tu terus akan hantar ke ejen…diorang pakat tanya dah bila buleh dpt barang….biasa la org ni bila nak membeli, nak dan-dan tu jugak..tak leh tunggu2 dah…hehehehhe…

Emm..gitu la citer rempah musim2 nak raya ni..sekarang tgh mencari lagi kat mana nak dpt sumber rempah bandung Maharani tu…harap2 dpt la cari, or kalau tak pon dpt la beberapa peket lagi stok sedia ada kat tokey belakang rumah ni…

October Oh October

Gambar bunga ros yg kembang dalam pasu umah MQ..hehehe, bangga tu sebab pokok ros tu berbunga balik lepas mandom kejap 2-3 bulan…berkesan jugak baja2 bunga yg di bubuh…tapi hari ni bunga ros tu dah kembang sgt…sampai dah tak cantek rupanya…

Oh langsir baru dah selamat di pasang siang tadi…cepat plak org2 pemasang langsir tu..janji kul 3, kul 2 dah dtg…cuma langsir bilik tidor je MQ tak suruh diorang pasangkan..lagi pon semua dah siap di cucuk pin (pin ke nama dia? hehehe)..ntah la tapi kira senang la, sangkut2 je kat rail yg sedia ada tu…hubby kata langsir bilik kaler biru, tak nak tukar karpet kaler biru ke…hehehe..maleh la dah tu kapet lama tu nak campak mana plak…takkan la tiap2 kali tukar kaler langsir semua nak tukar bagi match kan..kopak la kalo camtu…overall mmg berwajah baru la rumah tapi yg slack sebab living hall bersepah dgn segala mcm benda..selagi project bunga tak siap, (sekarang ada projek balang kuih raya jugak dan rempah, serunding, etc) selagi tu la tak dpt nak kemas cantek2…

Dont worry by the time raya sure dah kemas dah living hall tu…Rumah Tiki pon akan dibersihkan…sori la Tiki, sibuk sgt sekarang ni tak sempat nak salin bedding….dari seminggu ke seminggu bercadang nak salin bedding and bersihkan terowong dia…

Esok siang stok rempah akan di pos ke Jepun, harap dpt la sampai sebelum raya…kesian diorang yg menunggu stok..nak buat cemana..kelewatan supplier dan masalah lain..padahal oder dah lama..oh ada jugak peluang bisnes brooch yg direct dari Korea..cuma harganya agak mahal la..tapi brooch nya mmg bergemerlapan…sepadan dgn harga la kan…emmm ada jugak bisnes perfume vials, branded perfume la ni…byk jugak yg borong utk test pakai sendiri…nak jual mesti kena test dulu…ni original perfume tau..CK, Ralph Lauren, Issey Miyake etc..yg baru2 release plak tu..kalau nak beli yg botol besar kat kaunter mau kopak..100ml dah ratus2…ni 1.5ml buleh sembur at least 5-6 kali jugak…ada jugak yg 7ml, 15ml…next week dpt stok dr Singapore dan akan di hantar pada ejen utk test market…

well that’s it for now…esok2 sambung lagi perkembangan terbaru dan projek2 terkini…selamat berpuasa semua..jgn malas2 yer… :)

Related Posts with Thumbnails