Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Makeover Result

A d v e r t i s e m e n t

Actually nak letak gambo umah yg dah di make over..tapi sebab kesuntukan masa, dari tak de gambo baik la letak something utk menjamu mata…bungatelur.com ada menjual brg2 kraftangan yg sesuai dgn konsep perniagaan..so ada la segala jenis kraftangan, pandan, mengkuang, buluh etc…

Dah berjaya menyusun dan mengemas 70% dari ruang tamu dan hall atas…berjaya jugak menebas lalang separuh laman dapor…separuh lagi terpaksa di KIV sebab ada kucing beranak dlm semak tu..kesian plak nanti diorang nak pegi ke mana..tu pon dah cuak takut mak kucing tu tak balik2..mati plak budak kucing 2 ekor tu…memula ada hajat nak amik bdk2 kucing tu jadi kucing angkat..tapi pikir plak kesian diorang terpisah dr ibunya..so tak jadi…

Hasil redemption bonuslink dpt grass trimmer..so apa lagi trim la rumput dan lalang kat laman depan…hubby la paling semangat..tapi mmg puas hati bila buat sendiri ni..lebih kemas dr upah bangla potong rumput…eheheh..boleh la berkebun lagi lepas ni…

Perabot pon dah sampai..dah kemas dah apa yg patut…hubby kata rumah sapa ni kemasnya….canteknya rumah ni..cewahhh..nampak sgt selama ni rumah bersepah…sekarang dlm usaha nak maintain kekemasan…so dah tak buleh sepah2 lagi kat living hall…tapi bagus jugak bila kemas camtu..kalau org nak dtg anytime pon tak susah hati…

Ok la tak leh lama2…nak sambung lipat kain…sebelum menjadi semakin sibuk, baik settlekan apa yg patut dlm masa yg suntuk ni…selamat bekerja people….nanti dah edit gambo boleh la upload utk entry seterusnya…take care and jgn malas2… :)

Related Posts with Thumbnails

3 Responses to Makeover Result

  1. tebas lalang tu.. jangan tak tebas.. kali ni jumpa kucing beranak..

    kalau di biarkan tah apa yg jumpa dalam semak tu nanti hehe

  2. hehehe dah abih penat ke MQ? orang kata anak2 kucing ni kita takleh pegang, takut mak dia makan anak dia, sbb terbau manusia dekat anak2 dia. betul ke tak, tatau la..

  3. zino: kalau kucing buleh beranak dlm semak tu, maknanya selamat la tu..kalau mak kucing tu bgtau awal2 buleh MQ sediakan kotak utk dia..hehehe

    ezan: mmg tak pegang langsung anak kucing tu..sebab takut mak dia tak nak dtg balik..kesian anak2 dia..sebab penah jadi dah kes ni kat umah sewa di melaka dulu2…last2 anak kucing tu mati..tak sama org bela ngan mak kucing sendiri yg bela..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>