Posts or Comments 30 July 2010

Kelas Bunga Dip August 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini dari cecair dip. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik. BONUS!! Demo bunga stokin untuk yang berminat.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 August 2010, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Perbincangan 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 29 Aug 2006 11:18 pm

Musim Hujan, Musim Sibuk

2 minggu laporan cuaca kata akan hujan berpanjangan, dan 2 minggu depan ni MQ akan sibuk habis2an..menyesalnya sign kontrak dgn company tu…kejenya tak sepadan bayaran, dan masa yg terbuang tu tak ternilai dgn upah yg nak dibayar…tapi apa kan daya..dah termakan kata2 manis..terpedaya….so sebab tak nak di kata breach kontrak terpaksa la teruskan jugak keje2 semi IT yg tak berharga tu…utk memujuk hati MQ cuba tgk the positive side of it…tapi sikit sgt yg dpt…tak pe la terlajak sign di kertas terpaksa la teruskan jugak….apa nak buat….

Tiba2 dua hari lepas ada kwn lama sekolah yg sekarang kerja di Ireland kontek..dia berkenan tgk contoh2 bunga dulang dan hantaran, dan berminat nak menempah utk majlis perkawinannya hujung tahun ni…lama tak dgr berita, penah jugak rapat dgn dia waktu di asrama dulu…seronok dgr dia pon dah nak settle down and bercadang nak balik to Malaysia for good after kawin nanti…

Esok nak jumpa supplier kotak dan beg, weekend lepas kwn2 foreigners yg duduk di Singapore dtg bercuti, hang out 2-3 mlm dgn diorang, kwn baru Filipino tu suka sgt dgn handicraft, bracelets and accesories…bila tolong dia tawar menawar beg yg dia berkenan bukan main excited lagi dia..katanya harga di Singapore 2 kali ganda, plus bila org tgk dia foreigner lagi la tekan harga, yg murah pon dijual mahal…so maybe akan kembangkan bisnes handicraft ke Singapore jugak…sekarang dlm proses nak bukak akaun bank di Singapore utk mudahkan pembayaran in foreign currency especially thru Paypal…member tu dah bagi green light guna alamat dia kat sana…kebetulan mmg surat2 dia di malaysia pon di ubah alamat ke umah MQ..so tak kesah la kan…

Khamis nak berkemas rumah, sebab living hall akan menjadi showroom utk bungatelur.com, dah beli beberapa perabot baru, utk jadi showcase, then nak jahit langsir and sarung sofa baru…inviting la skit kalau client nak dtg kan…hahahha…

Jumaat nak kena pegi TM Cyberjaya utk set up training room…aarggghhh dan 2 minggu depannya akan berada di sana..malasnya….kalau hati dah tak suka kan..semuanya jadi tak seronok…semoga MQ akan tabah mengharungi 2 minggu yg penuh duka itu…hahahha..duka yg terlalu sebab kena bgn awal, pukul 7:30am dah kena siap sedia kat sana..menyampahnya la…harap2 dpt la pengalaman baru dan contact baru…think positive…hahahha…tapi sibuk menjaga training room tu sempat lagi buat bisnes appointment dgn tokey kurma dan packaging…mlm pon mlm la..janji bisnes tetap bergerak walaupon siang masa terbuang…

ohh…hari ni dari tgh hari keluar sampai ke mlm..keluar sorang2 pulak tu..shopping mcm2, shopping keperluan bisnes, beli groceries, beli brg berkebun, pegi buat facial resdung..mmg produktif la..mlm ni sempat lagi transfer duit bayar karpet…ni semua part of makeover rumah la ni..mmg akan all out la bungatelur.com lepas ni…lepas raya akan join skim siswazah anjuran MECD…dah tak de berpaling ke belakang lagi…hubby pon menyokong…harap2 semua yg dirancang menjadi la…susah yer nak jadi org bisnes yg berjaya…


Related Posts with Thumbnails

3 Responses to “Musim Hujan, Musim Sibuk”

  1. on 30 Aug 2006 at 9:52 am 1.zino said …

    anggap le kerja tu sebagai sumber mendapat pengalaman baru.. bukan sangat pasal RM nya.. mungkin tak ada lah stress sangat hehe..

    seronok kan bila ada kenalan di seluruh dunia..ni..

  2. on 30 Aug 2006 at 9:58 am 2.Ic3dLatt3 said …

    hehe TM cyberjaya ye.. dulu pun penah berkampung sana lepas join satu team yg involve alert system, ada gak involve sikit enhance system tu.. server semua di TM cyberjaya.. jenuh la ulang-alik dari kerinchi-cyberjaya..

  3. on 01 Sep 2006 at 4:17 pm 3.jazmin said …

    eheeh farah, cayalah. dah masuk global business ko, lepas ni kena masuk persatuan peniaganita, hahaha
    house makeover? cun, raya jangan lupa jemput.

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply