Monthly Archive for "August 2006"
General MQ | 29 Aug 2006
2 minggu laporan cuaca kata akan hujan berpanjangan, dan 2 minggu depan ni MQ akan sibuk habis2an..menyesalnya sign kontrak dgn company tu…kejenya tak sepadan bayaran, dan masa yg terbuang tu tak ternilai dgn upah yg nak dibayar…tapi apa kan daya..dah termakan kata2 manis..terpedaya….so sebab tak nak di kata breach kontrak terpaksa la teruskan jugak keje2 semi IT yg tak berharga tu…utk memujuk hati MQ cuba tgk the positive side of it…tapi sikit sgt yg dpt…tak pe la terlajak sign di kertas terpaksa la teruskan jugak….apa nak buat….
Tiba2 dua hari lepas ada kwn lama sekolah yg sekarang kerja di Ireland kontek..dia berkenan tgk contoh2 bunga dulang dan hantaran, dan berminat nak menempah utk majlis perkawinannya hujung tahun ni…lama tak dgr berita, penah jugak rapat dgn dia waktu di asrama dulu…seronok dgr dia pon dah nak settle down and bercadang nak balik to Malaysia for good after kawin nanti…
Esok nak jumpa supplier kotak dan beg, weekend lepas kwn2 foreigners yg duduk di Singapore dtg bercuti, hang out 2-3 mlm dgn diorang, kwn baru Filipino tu suka sgt dgn handicraft, bracelets and accesories…bila tolong dia tawar menawar beg yg dia berkenan bukan main excited lagi dia..katanya harga di Singapore 2 kali ganda, plus bila org tgk dia foreigner lagi la tekan harga, yg murah pon dijual mahal…so maybe akan kembangkan bisnes handicraft ke Singapore jugak…sekarang dlm proses nak bukak akaun bank di Singapore utk mudahkan pembayaran in foreign currency especially thru Paypal…member tu dah bagi green light guna alamat dia kat sana…kebetulan mmg surat2 dia di malaysia pon di ubah alamat ke umah MQ..so tak kesah la kan…
Khamis nak berkemas rumah, sebab living hall akan menjadi showroom utk bungatelur.com, dah beli beberapa perabot baru, utk jadi showcase, then nak jahit langsir and sarung sofa baru…inviting la skit kalau client nak dtg kan…hahahha…
Jumaat nak kena pegi TM Cyberjaya utk set up training room…aarggghhh dan 2 minggu depannya akan berada di sana..malasnya….kalau hati dah tak suka kan..semuanya jadi tak seronok…semoga MQ akan tabah mengharungi 2 minggu yg penuh duka itu…hahahha..duka yg terlalu sebab kena bgn awal, pukul 7:30am dah kena siap sedia kat sana..menyampahnya la…harap2 dpt la pengalaman baru dan contact baru…think positive…hahahha…tapi sibuk menjaga training room tu sempat lagi buat bisnes appointment dgn tokey kurma dan packaging…mlm pon mlm la..janji bisnes tetap bergerak walaupon siang masa terbuang…
ohh…hari ni dari tgh hari keluar sampai ke mlm..keluar sorang2 pulak tu..shopping mcm2, shopping keperluan bisnes, beli groceries, beli brg berkebun, pegi buat facial resdung..mmg produktif la..mlm ni sempat lagi transfer duit bayar karpet…ni semua part of makeover rumah la ni..mmg akan all out la bungatelur.com lepas ni…lepas raya akan join skim siswazah anjuran MECD…dah tak de berpaling ke belakang lagi…hubby pon menyokong…harap2 semua yg dirancang menjadi la…susah yer nak jadi org bisnes yg berjaya…
General MQ | 23 Aug 2006
Tiba2 dua tiga hari ni byk pulak urusan yang terpaksa dibuat di luar rumah..boring betul…byk buang masa with commuting and non productive matters…bila selesai badan dah penat, otak pon letih…ishhh tak sukanya bila kena berurusan mcm ni…mintak2 la selesai dlm minggu ni…nak rehat puas2 weekend ni…
ada projek IT tapi kena commute byk, attend meeting etc, duration project 6 mths, n roughly utk 6 mths tu ada la dlm 15k-20k bajetnya…tapi bila mengenangkan sakit jiwa dan penat badan rasa tak berbaloi payment byk tu…still thinking nak go on with the project or not…
rasanya biar la wedding bisnes kecil2an ni, hati pon senang sebab semua urusan lebih byk diselesaikan dlm rumah, cuma once in a while je kena keluar mencari stok…sambil2 buat bunga sempat lagi masak, membasuh, kemas rumah, curi2 tgk tv, layan radio…dalam masa 2-3jam byk benda produktif yg dpt setel..berbanding 2-3jam yg terbuang atas jalan…2-3jam menunggu client, 2-3jam meeting n briefing, 2-3 kali kena jumpa client tapi hasil tak de pon..waste of time and waste of energy…
sepatutnya kerajaan n private sector menggalakkan home based work or work at home for their employees…tak de istilah curi tulang or tipu2 keje ni kalau mmg dedicated to the work..sedangkan org di opis pon tak semestinya buat keje produktif, asyik meeting 2-3 jam, tapi hasil tak sepertinya jugak…though i have to admit la certain profession mmg kena la keluar, meet clients etc ni..tapi most of the time dgn technology IT sekarang ni …thru email, phone call, attachment sent, video call etc semua tu lebih menjimatkan masa and much much more effective…
unless ada org yg mmg suka dok opis sebab boleh lari dari masalah kat umah..malas nak layan anak ke…i have to admit there are people yg mengaku they work because they cannot stand to be at home melayan anak2 24jam…which makes me think why on earth they have kids in the first place..well that would be another debating issue la kan…ahahhaha….personally i like being home based like this…tak glamer pon tak pe la..hati senang, jiwa tenang, suami balik pon riang je tgk bini dia senyum menanti kat pintu, ada makanan terhidang atas meja (occasionally la kan kalau malas masak tu mintak ampun tuanku….)
anyway, to those out there yg bekerja di luar rumah, kena mengharung traffic jam subuh2, balik ke rumah mlm2…dgn rela atau terpaksa rela..i salute all of you…kerana gigih mencari rezeki membantu keluarga dan rumahtangga…for me i guess i’m just oneof the luckiest wives who have the option to stay home and work what i’m passionate about…thanks hubby! :))
General MQ | 17 Aug 2006
Dah baper hari membuat sample utk bunga daun getah ni..hari ni satu client sudah puas hati..memandangkan dia dah order daun getah cream dan maroon and nak menggunakan sepenuhnya dedaun itu…dtg la idea nak combine dua jenis kaler jadi sekuntum rose…ok jugak..asyik satu kaler je kan..kita buat kelainan skit…so dah finalize la nak design camni utk bunga paharnya…lega rasanya..walaupon berhari2 dok buat memacam sample, bila client kata canteknya..suka yg ni…fuhhhh..rasa puas hati betul la…hehehe…dah selesai hal bunga pahar ni, client come out request utk VIP guest plak…ada dah beberapa idea menarik nak dicuba..and as usual, benda yg nak diguna tu sure tak de..heran betul..beli stok selalu tapi bila time nak come out ngan benda baru sure bahan tak de…kalau la ada satu kedai reben sendiri kan senang..terasa nak buat design baru je, amik brg je kat kedai..heaven betul kalau camtu…hehehe…harap2 satu hari nanti buleh jadi kenyataan..ada gifts and craft shop sendiri…Amin…

Balang plastik kuih raya utk aktiviti kraf kat forum wanitamelayu.com pon dah siap..tu la hasilnya bila buat keje multitasking ni..boring buat bunga beralih sudut ke kraf balang plak…kalau tgk living hall tu sekarang..tuhan je la tau cemana serabutnya..yg kat sofa pulak dah penuh ngan benda2 hamper kurma…tak pe by mlm kamis buleh settle hal hamper kurma tu…sebab dateline hari jumaat, syukur semuanya ok, janji ngan tokey kurma pon dah selesai..dpt dah kurmanya…puas hati la..and maybe nak jumpa lagi sebab kebetulan ada deal utk buat kotak plak..suka betul bila dpt selesaikan urusan n dpt pulak info utk benda baru…utk kotak kurma tu kalau order minimum 500 kotak buleh tempah kotak ikut label syarikat…in fact kalau nak kotak sahaja utk brg2 company sendiri pon supplier tu buleh buatkan..sebab diorang mmg ada kilang printing sendiri…rasanya nak jugak buat kotak berlabel bungatelur.com…sort of promotional move and branding effort jugak la ni…tgk la cemana..perbincangan lanjut minggu depan sebab tadi rushing nak pi gym…
Hopefully everything will be settled down by early September..nak bercuti ni…byk hobi baru menanti…Swarosvki yang baru beli kat ebay pon tak sempat nak belek2 lagi…plus buku beading dah sampai..this time lebih comprehensive..ok la nak tido awal skit..letih tadi setelah sebulan tak join kelas Body Balance, tiba2 join plak mlm Rabu…nasib la instructor tak buat move baru..kira refresh movement lama..that’s it for Wednesday update…have good day in the office people, esok nak bertungkus lumus siapkan hamper kurma…later ok..adios!
General MQ | 15 Aug 2006
Semlm lepas tgk sitcom di Astro perasan ada sms and miss call from member opis lama..actually dia ni mmg kaki bisnes jugak…katanya ada org approach utk corporate hamper Ramadhan…laaaa…dah la nak cepat, tertarik gak hati ni nak cuba..sebab mmg dah lama teringin nak berkembang ke arah corporate gifts and hamper ni…bajet nya rendah sebab company tu nak bagi kurma sekotak dalam bakul utk clients…
Terpikir mana plak nak cari supplier kurma madu, and somehow jumpa dalam internet ada org dekat2 area sini supply kurma madu ni…buleh la sebab bajet pon rendah..nak yg hebat2 Maryami semua dah lari dari bajet..kena plak nak cari yg below 10 inggit sekotak…so siang ni dah call supplier kurma, janji nak jumpa Khamis ni…amik 3 kotak dulu la…sebab kena siapkan sample hamper and pass to member tu on Friday…

Dalam kepala dah terbayang dah mcm2 gaya sample utk hamper yg nak dibuat..apa2 hal kena cari bekas utk packaging…yg penting mesti nampak cantik tapi murah…hiasan tak pe ada balance brg bunga telur bleh guna dulu..bukan byk pon..sebab hamper corporate selalu nya clean and simple..bukan mcm buat bakul hantaran pengantin tu…heheheh…excited ni nak mencuba cabang bisnes baru…
For starters kalau dpt untung sikit pon tak pe la..yg penting dpt deal utk corporate client tu…kot2 kalau ok diorang bagi plak utk hamper raya kan…mintak2 la ada rezeki…tapi tak tau la kalau dah ada yg dpt tender tu…bila melibatkan company ni selalu nya byk yg main kroni…suka tak suka kena la terima…
BTW, ni gambo bunga pahar daun getah warna maroon…lepas discussion dgn client semlm ada few changes yg dia nak..so buat la sample baru, belum dpt feedback lagi cemana design yg ni ok ke tak utk dia proceed with the order…
Well, nak sambung buat keje2 kraf kat bawah…bila nak siapkan order mmg rasa nak nangis je sebab malas sgt pastu mula la distracted nak buat benda lain..padahal dah ada benda yg kena siapkan..tapi tak pe dah mmg habit..dlm ter distracted tu pon siap jugak order nya…saja mind ni mmg suka nak multitasking byk2 benda dlm satu masa…hahahha…
Tak sabar la nak buat hamper kurma ni..ptg ni nak cari bakul, nak cari bakul, nak cari bakul…….hehehehe
General MQ | 14 Aug 2006
Lamanya tak update blog..sedar2 dah masuk Isnin minggu satu lagi…hehehe…minggu lepas agak hectic..tak tau la kenapa..byk sgt benda nak dibuat dan dikejar agaknya…corsage tulip dah selamat delivered to client on Sunday, lega satu beban di kepala..punya la lama dok pikir hal corsage tu…thanks to bdk poslaju yg dtg lambat petang Jumaat, buat punya buat sambil tunggu pos laju tu akhirnya siap jugak…
then hari ahad tu lepas client dtg amik corsage pegi Kl mencari stok brg bunga telur…dpt dah semua yg dicari…puas hati n sekarang kena keje keras siapkan apa yg patut…kalau boleh masuk september ni tak nak la pening2 lagi dah pikir hal bunga ni…esp. bila bulan puasa nanti nak tumpukan pada rumahtangga…hahahha cam kelakar la plak..azam yg tak kesampaian dari dulu…
well, gambo bunga merah beriben putih ni sample utk client kat Australia tu..selepas beberapa sample tunjuk kat dia rasanya dah tau dah dia nak konsep yg clean and simple…she said nak yg bunga sekuntum kat atas..so bila dicucuk di pahar nampak mcm serimbun pokok bunga ros…i hope she will be ok with this design sebab ni lebih mudah nak buat..dari pakai bunga stokin…dah la dia nak 200 btg bunga pahar..kalau bunga ros stokin dah berapa ratus kelopak kena buat..letih mokcik….

apa2 hal tunggu feedback from client la cemana..then yg ni nak tunjuk sample kat tokey kedai jugak…dia nak 50 btg utk display di kedai..specifically nak bunga getah..so tak tau la ok ke tak design ni…kalau nak ditambah2 lagi hiasan kena tgk bajet jugak…
that’s it la kot utk update hari isnin….hari ni nak masak ke tak ek…ehehhehe…masak la kot..at kedai pon tak tau nak mkn apa dah…
nak sambung keje2 kraf di bawah…nak buat balang kuih raya utk exchange kraf kat forum wanitamelayu.com…brg dah ada kena siap cepat2..buleh hantar to partner cepat2..dah la partner tu sifoo hiasan dalaman ni..ish cuak cuak…tak pe la..whatever it is i’ll try my best..kalau tak cantek di mata partner apa bleh buat kan..hehehe..will update later bila balang dah siap…take care ppl…