Kelas Bunga Dip/Decoupage 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 3 June 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta


BungaTelur.com akan mengadakan kelas untuk mempelajari teknik decoupage di atas pinggan seramik/cermin kayu. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 May 2012, Ahad

Masa: 3:00 - 5:00 petang

Yuran: RM60

Terhad kepada 6 peserta

**************************

Tarikh: 10 June 2012, Ahad

Masa: 3:00 - 5:00 petang

Yuran: RM60

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip/decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Mee Bandung Maharani

A d v e r t i s e m e n t


Jeng jeng jeng…ni la dia hasilnya pakai perencah mee bandung maharani, mmg mudah dan cepat, tak payah nak tumis apa2 langsung, rebus daging pastu masuk kan je sepeket rempah mee bandung Maharani tu…bila dah pekat letak la sebijik telur…

Mee celur asing la dgn sawi semua..yg lain cili potong, tomato, telur rebus tu mengikut selera la..utk 400g rempah tu boleh la dibuat kuah seperiuk dalam 4-5 org yg mkn sederhana banyak rasanya…

Utk selera MQ, dah tambah garam kasar sikit, kalau tak rasanya mcm manis, biasa la kan mee bandung kan pakai udang kering dan kacang, so mmg la rasanya manis2 gitu…

Buat mee ni siang Ahad, sebab kebetulan kawan yg tempah hantaran tu nak dtg amik brg nya, boleh la bagi dia testing rempah tu sama…nak tunggu org masak rasa sendiri susah skit, ye la esp. org bekerja, bila plak nak masak2 ni kan…so kebetulan mmg nak testing rempah tu, buat je la mkn2 sekali..siap bagi tapau lagi kat member tu..dia pon kata sedap n nak beli rempah tu..sayang tak de stok plak kat rumah..heheheh…next time la yer…

So semua urusan bungatelur.com dah setel, living hall pon dah kemas dari semua brg2 yg ditempah, dah selamat dah di amik oleh org2 yg order, btw rupanya kon mengkuang berhias riben hijau tu nak di hantar ke London…pengantinnya kat sana…patut la member dia yg susah payah dtg mengambil…sesat2 org tu sampai ke putrajaya sebab silap exit…

So dah bercuti la MQ ni dari keje2 bunga telur utk sebulan ni…semlm dah pi Borders borong buku citer, yg best sekali diorang mark down harga Hardcover utk Harry Potter The Half Blood Prince tu, jadi sama mcm harga paperback, pastu sebab guna hSBC dpt lagi another 15% discount…tak sia2 merayau, n nasib baik la tak beli je kat MPH..apa lagi dah rambang mata beli buku 3 for 2 price, sekarang ada The Zahir, At first Sight n Tuesdays With Morrie…Mitch Albom dah jadi favourite author plak sebab gaya citer dia mmg ringkas tapi berkesan…rasanya buku baru dia pon coming out soon…

That’ s it for Sunday update, nak sambung jahit pearl kat baju kurung, testing dulu..kalau dah confident jahik manik boleh la buat kat baju kurung raya…selamat bekerja esok…jgn Monday blues yer..heheheh..

Related Posts with Thumbnails

4 Comments

Filed under General

4 Responses to Mee Bandung Maharani

  1. PB

    besh nyer…

    kalau kak pb nak beli, cam ner?

  2. good times

    Sounds great, Jim.

  3. Widdya

    Dah lama cari perencah mee bandung maharani ni,
    Perusahaan anak muar. Kat ne nak beli yekkk.

  4. MQ

    saya beli kat kwn yg jual di forum wanitamelayu.com, kebetulan dia duduk kat taman perumahan belakang umah saya ni..senang la, sambil dia balik keje tu singgah antar sebungkus dua..heheh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>