Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Bunga Pahar Gold Cream

A d v e r t i s e m e n t

As per request dah letak gamba bunga telur gold cream ni dlm blog..hehehe..ada pulak yg tak puas tgk kat website..tapi rasanya mcm sama je size gamba…ni as per suggestion from one of potential client yg dtg umah 2-3 hari lepas…

Hari ni pon bangun awal jugak sebab semlm kul 11 dah tido lepas tgk CSI. Agaknya letih sebab bangun awal, then ada pulak penjual dtg umah bawak sample kuih raya, kek lapis dan kerepek utk jualan raya dan deepavali.

Ada a few sample yg sedap n rasa nak beli, ok jugak mana la tau kot2 nanti nak buat hamper utk corporate event dah tau dah kat mana nak cari supply for such items. Then kalau ada kawan2 yg berminat nak cari income lebih utk musim raya ni pon boleh la refer kepada penjual kuih2 tu…sebab dia mmg rajin menghantar sample. Org single kan senang la nak bergerak sana sini layan customer. Macam MQ ni mmg malas nak bergerak, kalau boleh nak duduk je dlm rumah..biar semua org antar depan pintu pagar…hahahha…

Ni pon mlm ni maybe tunggu order rempah soto..senang camtu tak yah nak penat2 mencari sana sini, kalau sedap order lagi, tokey rempah yg dtg menghantar…zaman sekarang ni semua mencari alternative mudah, sebab time is money, energy is priceless..2-3 jam yg keluar merayau mencari bahan tu dah boleh buat byk mana punya order bungatelur.com…

Bercakap pasal order bungatelur.com, mengkuang supply yg baru akan dihantar oleh suplier, sebab ckp customer kata tak kemas sebab kon mengkuang yg ada tak berjahit tepi, so supplier akan hantar yg baru yg siap berjahit tepi, then later MQ akan hantar balik stok yg tak berjahit tepi tu, apa2 hal mmg akan ada order baru nak dibuat, cuma kena la rush sikit sebab janji ngan customer next weekend dah boleh siap ordernya..tak pe in the meantime boleh siapkan riben hiasan kat kon mengkuang tu…

Bila berniaga ni biasa la, kepuasan hati customer yg paling kita nak jaga, and I’m happy that as a supplier dia pon paham adat berniaga ni, bukan salah sapa2 pon sebab first time order then ingatkan mmg dtg berjahit tepi, tapi supplier plak assume MQ nak yg berjahit lurus je…

Ok la, nak tgk binocular and contest form reader’s digest yg baru sampai, tunggu brg lain, brg lain plak yg dpt, padahal sebenarnya menanti sample souvenir..apsal courier City Link lembab sgt ek..nak check consignment number kat website dia pon ada error…harap2 esok dpt la sample souvenir tu…later people, take care!

Related Posts with Thumbnails

One Response to Bunga Pahar Gold Cream

  1. U did the Bunga Pahar? Very pretty! Been a homemaker for 12 years, selalu ingat nak belajar buat bunga tapi tak de masa with 3 kids. Just belajar buat bunga dari stokin, very excited abt it. Keep up the beautiful work.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>