Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Gambar Hantaran Purple

A d v e r t i s e m e n t


Semalam bertungkus lumus siapkan barang hantaran, sebenarnya sebab baru beli barang hari Ahad jadi tak sabar la nak tgk benda2nya..so buat kotak kek utk client letak kek hantaran, ni hantaran tambahan, dari 7 dulang jadi 9 pulak sebab pihak laki tambah hantaran diorang..

Pastu ada plak beli hiasan baru so jahit la kat kain pelikat ni, saja la embellish skit bagi bersinar bila kena lampu, kalau tak mcm bare sgt kat kain tu…

Paling mencabar masa nak balut sejadah ni la, client suggest suh buat bantal so isi dlm tu bantal la kan…time nak jahit tu sebab takkan nak pin je semua, nanti bawak balik utara terburai plak sebelum majlis, nak gam pon tak leh sebab nanti rosak la sejadah tu..siap pakai playar lagi cucuk jarum masuk ke sejadah tu..dpt la jahit skit, pastu jarum patah..isk isk mencabar sungguh…lepas berhempas pulas berusaha ngan jarum dan benang dpt la rupa sejadah berbalut..kureng skit la kemasnya sebab mmg sejadah tu tebal sgt, keras kejung je…hehehe dah hias2 plak sebelah renda tak cukup..aarrgghh…kena la beli brg lagi..tak pe la at least 80% dah siap utk hal sejadah ni

Then siap jugak hiasan kat kotak belt n wallet ni, hari tu dah buat separuh pastu habis double sided tape, tergendala la kejap, ni pon dah beli 2 roll, tinggal setengah je..kena la beli lagi, tapi semlm dah siapkan la hiasan bunga kat kotak tu…
Ini pulak gambar pandangan belakang kotak tu, sebab kotak tu nak diletak terbukak so kena la hiaskan bhg belakang tu..actually nak kaver dawai bunga hiasan tu..tak nak la org nampak dawai bunga tu kat kiri kanan kotak..tu yg letak riben tu..kasik tutup skit…

Ada lagi ni 2 brg nak gubah…mencabar jugak ek gubah hantaran ni, rasanya buat bunga telur ngan bunga dulang pon tak se leceh ni..patut la org charge beriya2 walaupon hasil nya kita nampak mcm simple je…later ok…selamat menjamu mata tgk gamba2 di blog ni..

Related Posts with Thumbnails

One Response to Gambar Hantaran Purple

  1. saya nak gambar2 hantaran tema purplu dan tema maroon. hantar di email saya di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>