Monthly Archive for "June 2006"
General MQ | 21 Jun 2006
Lately rasa penat sgt2…tak sabar nak siapkan tempahan utk majlis August ni then nak rehat puas2..tapi tak tau la bila boleh siap semua benda tu..I give dateline to myself by middle of July..dawai2 utk kelopak bunga telur dah siap, net pon dah potong habis..tinggal nak balut kelopak je then put glitter sebelum di cantum kan ke batang lidi…hehehe tu baru hal bunga telur..bunga dulang pun nak kena buat jugak slow2..sebab kalau rushing nanti hasilnya tak cantek..senget2 pulak rama2 tu…
Emmm..roses merah ni cantik kan..I always love roses tak tau la kenapa..dlm banyak2 bunga dlm dunia ni for me roses la paling cantik, with all the velvety petals..and it so intricate with all the petals one on the other..sebab dia complicated kot sebab tu MQ suka…ahhaha..same as how I view things in life..ada yg cara senang pon still dok pikir cara yg susah..tak suka benda yg sama n rutin so always will find ways to do things differently…
Guess I should take things more easily in life..hope tomorrow will be more rosy!
General MQ | 20 Jun 2006
Akhirnya siap jugak gubahan bunga stokin utk letak coklat ni, dah dekat 2 minggu buat bunga2 asas..dlm mencari idea cemana nak susun letak polistrin semua..biasa la idea kalau biar lama2 makin malas la nak buat..so mlm tadi teruskan jugak usaha menyusun, balut polistrin, siapkan bunga, buat rama2 dan taadaaaa…dah siap…camera baru pon dah ada mesti la guna utk amik gambo..
Rasanya macam nak tambah hiasan keliling polistrin tu, maybe nak tampal bunga kristal yg ada dlm peket2 tu..tak de la bare sgt..tapi kena beli la..maybe time beli polistrin utk gubah hantaran nanti boleh beli sekali..kalau tak pun maybe guna rantai manik mutiara atau jenis2 lace mutiara sebab nak match kan dgn konsep keseluruhan..oh bhg atas tu ada rama2 sekor..tak nampak dlm gambar whole ni..

Bila close up on rama2 tu tak nampak pulak 3 tgkt coklat tu..tak pe la..yg penting client tgk real life puas hati..tunggu client dtg hantar brg2 hantaran lain boleh la cari idea utk menggubah pulak..sekarang dok pikir alternative lain yg boleh menjimatkan..maybe nak buat kotak2 sendiri utk letak wallet n belt, kalau dah balut2 dan hias sure nampak elok je nanti tu..kdg2 guna kotak plastik transparent tu rasa mcm membazir sebab bukan boleh nak guna, kalau nak guna utk majlis lain pon kdg2 color theme tak sama plak..kalau guna kotak mengkuang atau buluh yg menjadi trend sekarang ni byk pulak nak keluar modal..kita tgk la mcm mana hasilnya..kena belek2 majalah Pengantin July sebab kebetulan byk pulak konsep hantaran pink purple
Ok la satu dah selesai, byk lagi nak kena buat ni..bunga dulang pun nak kena start buat..nasib baik 5 je, kalau 15..adeihhh sakit macik…heheheh…tapi bunga telur tetap ada..kena giat berusaha ni..go bungatelur.com go…
General MQ | 19 Jun 2006
Sedih tak muka Tiki? hehehe..tu la muka sedih dia bila nak mintak suapkan makanan..bila dgr je suara MQ mula dia pun kelam kabut pegi kat pintu sangkar dia..buat2 muka sedih, kadang2 tu bila dia dah geram sgt mula la gigit2 besi sangkar tu..tapi sejak semlm dapat keluar tgk suasana kat luar, hari ni kurang pulak dia menggigit2 besi tu..semlm basuh sangkar dia..tapi bawah keluar kat porch..sebok la dia pon nak kacau..naik turun rumah dia tu..time nak basuh terowong pon sebok dia pon nak masuk terowong yg dah di disassembled kan..bahaya betul..takut je dia terlepas keluar…
Makanan dia kalau letak byk2, lagi byk yg dia angkut bawak balik terowong, pastu sambil tido pon boleh mkn lagi..mata tertutup tapi mulut mengunyah…ingat nak masukkan balik rumah dia, tapi malas pulak nak bersihkan..leceh pun iyer jugak bila nak bersihkan rumah tu on weekly basis..tapi maybe lagi better dari nak bersihkan terowong..tgk la bila2 rajin nak bersihkan rumah..sejak Toko sakit dan rumah tu digunakan utk letak Toko hingga la ke akhir hayatnya kat klinik tu..tak berbasuh lagi..
Favourite Tiki mkn salad, nyam nyam..mmg suka betul dia kalau dpt salad, timun pun ok la jugak cuma paling dia tak suka carrot..tak tau la kenapa..sebab keras sgt kot..dah potong kecik pon dia tak nak mkn jugak…tapi kalau salad, licin dia mkn…air pun dia minum byk jugak dlm satu hari ada la dlm 20ml kot..tak tau la kalau byk yg tumpah dr yg di minum…
Gitu la citer tikus gemuk ku ini…gemuk2 pon Tiki ni rajin bersenam, berkeriut2 bunyi wheels dia..bila dgr bunyi tu tau la sure dia dah bangun la tu…harap2 Tiki sihat selalu n panjang umur..hehehe..
General MQ | 18 Jun 2006
Bila penyakit malas mula menyerang, aduh terseksanya jiwa, malas nak pegi gym tapi pegi jugak, malas nak masak tapi masak jugak, malas nak mandi tapi kena mandi jugak, malas nak berkebun tapi siram pokok jugak, malas nak basuh baju tapi kena basuh jugak, malas nak berkemas rumah..hehehe yg ni mmg tak kemas la..time rajin pon tak kemas, apatah lagi time malas melanda…
Kenapa ntah tiba2 je dtg balik penyakit malas ni, rasa tak de mood je nak buat apa2..or maybe sebab byk sgt benda nak buat sampai terus hilang mood nak buat apa2…kalau di ikutkan rasa malas tu mmg satu benda pun tak buat..kalau malas nak buat bunga dah tu apa jadi ngan order customer kan…tak leh tak leh..tak leh dilayan rasa malas ni…kena cari motivation baru supaya hilang rasa malas ni, dan jumpa semangat yg hilang..mcm lagu la plak..
Esok dah tak boleh malas..kena rajin2…oh baked salmon dah siap..nak pegi mkn dulu…mkn pon tak boleh malas2…hehehe…blum masuk monday lagi dah monday blues…tak boleh malas…tak boleh malas…
General MQ | 16 Jun 2006
Semalam pegi opening Jusco, time pegi tu dalam kul 5 lebih tak la ramai org sgt, still ok lagi la nak cari parking, kebetulan hubby pon tak keje…overall tak de la best sgt sebab tak byk pilihan, tak mcm Jusco Mid Valley..tapi boleh la kan..ada jugak brg2 dia yg carrefour Alamanda tak de, tapi kat sini ada..mcm filo pastry, fresh herbs..cewah..boleh la cuba masakan baru lepas ni…
Barang2 lain ok je la..cuma ada counter Ralph Lauren and a few cosmetic and fragrance lain, tak perasan plak SK II dgn Biotherm ada ke tak..ramai sgt org yg merayau2 dlm Jusco tu though bukannya ada sale discount percent2 pon..setakat ada la flat price RM5-15 camtu…tapi tak sale pon MQ beli pinggan claytan 5 bijik..ye la design yg sama mcm kat umah, tapi 10 inggit dpt 5 bijik..ok la tu kot2 bila2 nak buat mkn2 lagi…apart from that beli groceries skit then masak mee goreng basah semlm…tgk Hubby mkn berselera betul…mana taknya dah lama MQ tak masak kat dia…ok la lepas ni boleh masuk dapor balik…
Dah habis round almost semua tempat dlm shopping mall tu, nak balik la ni..dekat sejam tersangkut kat jln keluar..geramnya la sampai sakit2 kepala..padahal umah dekat je tapi nak keluar dari parking tu yg terhegeh2…kereta yg nak masuk pon beratur panjang..apa la semua org nak dtg Jusco ni…kat jln besar kiri kanan jln semua org parking sesuka hati…apsal polis tak saman aaa? padahal balai polis depan mata je…kalau la selalu macam ni kena pindah umah lain ni..rimas la nak masuk simpang ke rumah sendiri pon beratur panjang camtu..ni dgr kata Siti nak dtg menyanyi plak ni ntah hari Sabtu ke Ahad, sure bertambah ramai org lagi nak dtg…aarrgghhh tension…
So overall lepas ni serik dah tak nak pegi tempat2 yg first day opening..patutnya best pon terus jadi tak best…tunggu la sebulan dua dah reda skit org, baru nak pegi balik..actually ada byk jugak kedai best2 kat dalam tu, cuma sayangnya tak de kedai buku mcm MPH ke..MyNews.com tu pon dlm list ada, tapi rasanya maybe tak bukak lagi…have a good weekend everyone…tata!