Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Hari Isnin Yang Sibuk

A d v e r t i s e m e n t

Hari Isnin MQ bangun awal dari selalu, cewah..byk agenda hari ni..menunggu customer yg juga kwn sekolah nak dtg hantar brg hantaran adiknya, then tunggu pos laju kot2 dpt tudung dan blouse yg MQ order online, pastu tunggu runner dtg hantar road tax dan insurance…

dlm kul 11 gitu masuk dapor, rasa mcm tak best plak kalau ada kwn nak dtg tak di bagi mkn apa2..ye la dah duduk umah pon tak dpt nak jamu tetamu..tgk pasta shells tu ada, bahan2 pon ada serba sikit dlm fridge..mula la buat apa yg patut…budget diorang sampai kul 12..so cepat2 masak air, siapkan air, ingat dah siap goreng pasta tu buleh la rilek2..call kwn tu dia ada agenda lain plak..maybe sampai lambat skit..

rilek dulu la camtu..dah mandi, pakai baju kemas2..tunggu kat bawah..pos laju pon dtg..yeay..ada rezeki aku hari ni rupanya..peniaga dr kelantan tu pos semlm…ingatkan esok baru sampai..tapi pantas jugak pos laju ni..heheheh..tunggu lagi org yg nak dtg..dah lapo mkn pasta yg digoreng..air milo o pon dah letak dlm fridge..elok la sampai panas2 leh minum yg sejuk skit..

akhirnya yg di tunggu pon sampai…sembang2 sambil suh diorang mkn..belek2 brg hantaran, bunga telur semua..bunga dulang..pack kan bakul ngan gubahan coklat bagi diorang bawak balik..senang skit, kalau tak risau je kot berabuk ke, rosak ke kalau simpan lama2 kat umah, baik terus bagi kat tuan dia…kul 3:30..antar diorang ke pagar..org road tax pon dtg..on time je..so selesai la segala urusan yg ditunggu…

sambil2 menunggu tu sempat lagi basuh kain..panas elok plak hari ni…ingat nak sidai kat luar, sebab hari ahad dah upah org mesin rumput..kemas dah laman..cuma bangla yg mesin rumput tu tak de penyapu..so kena la sapu sendiri..masalahnya pencakar pon tak de..biar je la kering, nanti2 kutip leh bakar buat baja…tapi dah penat maleh plak nak angkut ke dalam ke luar baju2 tu..sidai je kat atas…

letihnya bila bangun pagi ni..terasa lamanya masa nak berlalu..ni ptg nak gi beli groceries plak..produktif betul hari Isnin ni…kira berbaloi la bgn pagi…hehehe..

Related Posts with Thumbnails

One Response to Hari Isnin Yang Sibuk

  1. zino ada pernah sekali dulu oder online ni.. tapi sampai sekarang barang yg di pesan tak sampai..

    kes tipu lah tu.. lepas tu serik nak berurusan lagi nasib baik tak banyak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>