Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Bunga Stokin Di Raga Buah

A d v e r t i s e m e n t

Raga buah dah siap beberapa hari lalu, kali ini konsep raga yang di hias lebih ringkas, dalam raga pun tak di balut semua..masih menggunakan hiasan bunga stokin sebab nak sama kan dengan yang lain2..bunga stokin di letak kat pemegang raga bahagian bawah dua2 side..

Kalau boleh mmg tak nak kacau pemegang bhg atas, dah kena time majlis sendiri, tukang angkat raga buah kata susah nak pegang sebab penuh dgn bunga2 dan riben…so utk set hantaran ni tak nak la menyusahkan tukang angkat raga buah..hehehe…

Bunga hiasan pun di letak sebaik mungkin tak mengganggu buah yang nak di letak..nanti kang hilang pulak glitter bergemerlapan kalau kena ngan wap air di buah-buahan..memandangkan bunga stokin tak sesuai utk di gam, dawai digunakan utk ikat bunga2 tu ke raga..

Buah-buahan ni pakai yg mana ada dlm fridge..itu sample je tu..mungkin kalau utk majlis nanti, boleh guna buah-buahan yg warna purple dan merah, mcm manggis ke, plum, strawberri, anggur pon ok jugak..

Time beli raga hari tu rasa mcm kecik je raganya..tapi bila dah isi buah byk jugak buah nak guna utk penuhkan..ok jugak sebab raga kali ni 4 segi tepat..selalu asyik guna jenis bulat..apa2 pon harap2 client puas hati…

Sabtu siang MQ nak ke kelas mekap, lepas ni bercadang nak sediakan service pakej bertunang, sewa baju, tudung dan mekap..slow2 la kalau makin maju boleh la bukak butik pengantin yg sediakan pelamin dan sewa baju2 pengantin…

Have a great weeekend everyone! Take care..

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>