Posts or Comments 14 March 2010

Kelas Bunga Dip/Decoupage March 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 March 2010, Sabtu

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

************************************************************

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas decoupage di atas cawan seramik. Semua bahan akan disediakan semasa kelas praktikal. Hasil kerja boleh dibawa balik.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 March 2010, Ahad

Masa: 3:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM60

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip/decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 15 Jun 2006 04:29 am

Corsage Bunga Stokin

Yeay akhirnya mission calla cream dah selesai..sudah masuk dlm kotak sekali dgn last order utk corsage…seb baik nak bunga aje..kalau nak corsage dah siap..naya la..mau 2-3 mlm ni berjaga lagi…

Then mlm Rabu dpt pegi kelas body balance..tapi baru sedar rupanya step dia sama je…tunggu sebulan dua lagi baru dia ajar step baru..step sama pon time yg step susah2 tu still terkangkang gak sebab tak balance…hahahha..susah tau..esp. yg kena control abs…

Oh gambo di sebelah ni utk corsage reunion sekolah…dinner September ni..utk AJK nak pakai la ni…tak tau la diorang berkenan ke tak..kata nak tulip, and nak design yg simple..tapi kalau tgk dlm gambo tak nampak sgt cm tulip..nampak mcm kudup bunga ros pon ada…hahahha..ni first trial je ni..

Then dah buatkan bunga utk corsage tu cuba la buatkan sekali dgn kipas duit..nak guna duit 5 inggit mcm syg…so guna duit singgit je…tak match la plak warna hijau2 dgn biru singgit tu…tapi tak kesah la sebab nak cuba size bunga tu sesuai tak utk corsage sebab customer kata nak size lagi kecik dr bunga pahar and dawai bawah tu lebih panjang..

Dalam gambo ni tak nampak sgt calla cream tu sebab tersembunyi sebalik riben putih..nak snap lagi dah malas sebab nak test je pon..oh bunga calla purple silver pon dah ada sebatang yg siap..itu utk entry esok la plak…entry kali ni corsage je..

Oh…esok, I mean Khamis, Jusco Tmn Equine depan rumah nak dibuka…dah ajak hubby nak pegi lepas dia balik keje…heheheh..tak sabar ni..nanti boleh la jadi pengunjung tetap..bosan2 je pegi Jusco, lepas ni nak mkn2 pon senang semua dah ada kat situ..tempat mkn favorite mcm Sushi King, Secret Recipe, Teppanyaki…kan best kalau Fitness First pon ada kat situ..tak yah nak pegi jauh2 utk work out…

Till another day, take care people! Yeay! I can rest this whole weekend….


Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply