Posts or Comments 30 July 2010

Kelas Bunga Dip August 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini dari cecair dip. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik. BONUS!! Demo bunga stokin untuk yang berminat.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 August 2010, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Perbincangan 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 09 Jun 2006 05:10 pm

Fitness First Experience

Last month MQ buat keje gila sign up Fitness First tu kan..so dah masuk 2 kali la pegi gym, first time pegi time weekend, tak ramai org, boleh pilih je mana2 machine, so first session tu mmg dpt consultation free, so trainer tu pon bagi la tunjuk ajar cara nak guna, then dia tanya la apa goal kita masuk fitness club tu, nak lost weight ke, nak bagi fit ke, nak bagi naik muscle ke…hahhaha..so for me nak jadi fit la, nak lost weight pon tak de weight nak di lost kan, except for body fat je terlebih but weight still in healthy range, pelik jugak kan..ingatkan badan tak gemuk body fat tak byk..rupa2nya byk..hahahha…ye la dah baper zaman tak penah bersenam, jogging apa tah lagi..so sekarang kena convert la body fat tu jadi energy…

Last Wednesday pegi lagi sekali..saja la nak cuba pegi time weekdays, mak aii ramainya la manusia, sampai tak de machine nak guna esp. cardio machine tu..yg threadmill org lari tu pon bersusun org guna…kebetulan ada kelas Body Balance yg mmg MQ teringin nak join….since ada peluang nak sign up kat front desk terus la beratur…kelas tu limited, so kalau nak join kena la beratur awal2..and amik stub utk masuk kelas..

Best jugak kelas Body Balance tu sebab dia combine yoga, pilates, tai chi and balance movement…ingat mcm senang je movement dia, tapi bila dah try betul2 with the right step mmg boleh berpeluh, susah jugak and terasa la kesannya, kelas tu dlm sejam then at the end to ada la meditation and calming down…ok la for me, at least ada la experience baru..dlm kelas tu MQ sorang je melayu..isk isk..lepas ni nak ajak hubby join jugak la..ada jugak 2-3 couple yg masuk ngan pasangan masing2…kelas tu pon lampu di malapkan so kalau salah step ke, nak terbalik ke sebab tak balance tak de la malu…hahahha..kelas pon tertutup dr luar so tak de la org2 kat luar boleh intai2…

Emmm Saturday ni ada last session with personal trainer tu, ye la complimetary session dia bagi 2 je, so kalau nak hire kira RM105 per hour plak..in my case rasanya tak perlu la sebab yg penting kena bersungguh2 nak buat senaman yg dah di ajar tu..overall seronok jugak dpt new experience ni..lepas ni maybe nak join kelas2 lain jugak..dah jadi member ni might as well cuba semua..baru la berbaloi..hehehe..take care ppl, have a good weekend ahead!


Related Posts with Thumbnails

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply