Monthly Archive for "April 2006"
General MQ | 27 Apr 2006
Akhirnya siap jugak bunga dulang ni..leceh jugak rupanya buat bunga organza ni…bentukkan kelopak mcm nak buat bunga stokin tapi kain organza tu kena gam elok2 kat dawai tu…memandangkan cuma ada satu kaler je organza tu jadi tak dpt la buat daun dari organza jugak..kira tipu skit la pakai daun emas..hehehe..yang penting nak mencuba buat bunga organza tu..selalu tgk kat fotopages penjual2 bunga je kan…lepas ni boleh la cuba buat bunga design lain pulak selain bunga 5 kelopak ni…
Oh..bunga merah putih pon dah siap..itu entry esok la plak…tapi still bunga 5 kelopak jugak…boring dah balik2 bunga pesen tu gak..hahha..tunggu la kalau jadi bunga orkid..nak buat kaler purple kali ni…emmm..cemana la agaknya orkid dari kain stokin ek…
General MQ | 26 Apr 2006
Semalam ada member request tambahan 20 btg bunga telur utk majlis berinai beliau. Tapi nak ubah kaler lain pulak instead of cream n hijau mcm kat previous entry. So memandangkan ada bahan kain stokin kuning, MQ pon buat la satu sample..mula2 campor ngan hijau utk daun, tapi combination mcm out sgt2..sekali tgk gaya macam kaler kek lapis plak..so terus tak jadi nak promo…yg ni mcm ok la jugak..cuma nampak striking n lari dari theme member tu yg nak something sweet n simple..maybe kaler kuning lembut dan coklat lembut buleh memenuhi kriteria beliau. Kena cari bahan lagi la maknanya tu..hehehe..MQ suka aje pegi cari bahan kat kedai bunga ni…
Kiranya masuk kedai bahan bunga ni second choice la lepas masuk kedai buku…boleh belek barang berjam2 sampai hubby pon mcm nak tercabut kaki menunggu..kesian hubby…tapi dah mintak nak pegi sendiri tak bagi, so kena la ikut…hehehe..kira aci la, MQ pon selalu ikut hubby pi tgk brg komputer, cuma sebab org laki ni jarang nak belek brg lama2..tgk harga, terus angkut beli…so tak sempat la nak tercabut kaki menunggu…hahaha…
OK la..hari ni cuaca hujan mendung lagi, time basuh kain tu la dia nak hujan..hari tak membasuh panas terik plak tu..isk isk…emmm tak sabar nak tunggu weekend ni..weekend panjang, lama skit hubby ada kat rumah…
General MQ | 24 Apr 2006
Ada org request nak tgk sample gold brown, so ini la hasilnya..part paling best weekend ni dah jumpa tempat yg ada byk stok kain stokin..lepas ni dah tak risau nak amik tempahan bunga kain stokin, sebab dah pasti kat mana nak dituju utk cari bahan…hehehe..lepas ni boleh la meluaskan bakat cuba bunga2 yg tak penah dibuat lagi…dah nampak bahan2 baru..best btul…
ha…dah beli orkid jugak..orkid plastik dan orkid hidup..sebabnya nak belek2 struktur bunga tu..cemana nak buat as bunga telur dan bunga dulang…boleh tgk contoh dlm gambar tapi tak sama..hehehe alasan je tu sebab mmg suka beli pokok bunga pun..harap orkid yg baru ni hidup lama..
nak sambung buat bunga calla lili n sambil2 tu pikir apa lagi gaya bunga telur gold yg sesuai nak ditunjuk pada bakal client..idea mmg melimpah tapi kena sesuaikan dgn budget client jugak…
lepas konsep full gold ni nak buat gold, red and white pulak…bahan pon dah beli, tgh decide bunga jenis apa yg sesuai..bila sebut red je sure terbayang roses..kalau nak patriotik buat bunga raya baru iyer…hahahha..
General MQ | 21 Apr 2006
Ni ada lagi sample bunga dulang mini, mini sebab size nya tak full la..kalau letak sebelah bekas cincin ke tak de la tenggelam dek bunga dulang. Tapi kalau nak yg full size boleh tambah kan lagi bunga2 dan hiasan. Kebetulan ada visitor to www.bungatelur.com request nak tgk sample bunga dulang…so dah amik gambo and edit terus la masukkan sekali kat blog. Mana la tau ada yg berkenan or nak tambah idea2 bernas…nak bagi cadangan nak buat bunga bentuk apa ke..ye la balik2 bentuk bunga sama je…tgh mencari ilham bunga apa yg sesuai nak dibuat..selain dr lili, ros, bunga2 biasa 5 kelopak ni kan…jgn la bagi idea bunga matahari tu sah2 payah nak buat…idea yg praktikal dan kos pon tak melambung sgt…ok..hehehe..ok la nak terus kan usaha mencari ilham..kali ni nak buat theme gold pulak…fully gold ke…sesuai la sapa2 nak kawin ngan anak raja..hahaha…
General MQ | 18 Apr 2006
Sejak Khamis lepas tak sihat, demam dan selsema, kejap rasa baik tapi badan masih lemah..tapi sempat lagi merayau sampai IKEA..hehehe..tapi not in excited mood la sebab sakit kan..keje2 bunga telur pon tergendala sejak sakit ni…ni rasanya dah makin baik…tapi hidung still tersumbat..susah nak tido dgn selesa..kena bernafas ikut mulut…bibir pecah2 kering, hidung pon berkopeng2….bila dah sakit ni baru la rasa indahnya kesihatan yg tuhan bagi…