Posts or Comments 30 July 2010

Kelas Bunga Dip August 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini dari cecair dip. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik. BONUS!! Demo bunga stokin untuk yang berminat.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 August 2010, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Perbincangan 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 15 Feb 2006 03:30 pm

Bunga Pahar Biru

This is the outcome of my bunga pahar biru yg disiapkan 2-3 hari lepas, hari ni I try to do as much as possible, sebab nak complete kan cepat-cepat..dah tak larat nak tgk all the blues on the carpet..hehehe…I just wish nobody will come to my house this week or the next week, or next next week as long as my bunga pahar ni tak siap2 lagi…otherwise kena la kemas all the organza, manik, dawai etc yg bersepah kat living hall tu..maybe I should do my bunga telur task kat dlm bilik tetamu, tapi nak jugak tgk tv while buat bunga tu…boring tau kalau buat bunga tu je without any hiburan…

Emmm…it reminds me semlm ada sorang my fren msg thru Yahoo tanya why did I put such wordings kat entry Inai Di Jari….dah la mcm sedih je kan, kekasih kawin ngan org lain, bla bla…actually tu lagu Arwah S.Jibeng, lagu favorite tu walaupon lagunya sedih..takde kena mengena pon liriknya dgn yg hidup atau pon mati..setakat hiburan..

OK la nak sambung buat bunga telur bagi siap..time nak buat bunga ni la rasa bestnya kalau baca buku cerita, time tak buat apa2 tak nak plak baca buku citer..mcm kat U plak, time nak exam tu la rasa nak tgk vcd la, tgk anime la, nak tido la..time tak exam tak nak plak buat semua2 tu…go bunga telur go…we still have about 60++ to go….


Related Posts with Thumbnails

One Response to “Bunga Pahar Biru”

  1. on 08 May 2006 at 1:18 am 1.okinokiyo said …

    okino Wah cantiknya.

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply