Posts or Comments 30 July 2010

Kelas Bunga Dip August 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini dari cecair dip. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik. BONUS!! Demo bunga stokin untuk yang berminat.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 August 2010, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Perbincangan 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 22 Oct 2005 12:34 pm

Weeks Before Raya

Sedar tak sedar dah dekat 20 hari dah berpuasa, this weekend n next weekend kiranya last weekend nak buat persiapan…kuih raya dah berjaya buat 4 jenis, tu pon kdg2 mlm weekdays pon gagahkan jugak bakar kuih, dpt la sebalang dua..balang kuih kecik je la…by 11pm je off semua oven, simpan adunan sambung bakar mlm2 seterusnya…kalau nak ikutkan penat, mmg la..sebab kalau beli, hulur duit je terus dpt kuih raya…tak yah nak sepah2 rumah, tepung berserakan atas meja, ngan alat penimbang semua..cewahh…tapi kepuasan buat kuih sendiri tu tak sama la kan…walaupun bentuk semua bulat2 leper, tapi rasa kuih2 sekalian tu boleh di adjust ikut suka hati kita, nak byk nestum, nak tempek almond 2-3 bijik, heheheh…

Well, another good news dah dpt berita bout my MBA application, tahniah puan di terima masuk utk pengajian sepenuh masa, the big qs now is nak berenti keje ke tak, tapi apa2 mmg dah puas hati pun sebab dah sah layak nak buat MBA, jawapan terima atau tak tawaran tu kena bagi by 14 Nov, so in a way balik raya ni still boleh pikir lagi, nak terima ke, or nak terus bekerja…tak pe la…kena bincang n timbang dr berbagai segi, financial stability semua, mentality pon kena sediakan, mampu ke nak jadi student balik, nak buat assignment, attend class semua ni…ngan exam lagi…

Bila pikir part tu mmg rasa serik nak jadi student balik, kalau tak pon ada option lain, apply MBA kat MMU ke…hehehe MMU lagi…Degree MMU, MBA pon nak amik kat MMU jugak…tapi itu option yg paling baik la..dekat dgn rumah, familiar surrounding, boleh apply part time on weekend basis…

Hidup ni byk pilihan kan, kdg2 kita tak tau yg jalan yg dipilih tu, itu ke yg terbaik, pendek akal sekali pikir rasa dah cukup jitu pilihan kita tu, tapi masa akan datang, cuma Tuhan yang tau…


Related Posts with Thumbnails

One Response to “Weeks Before Raya”

  1. on 27 Oct 2005 at 10:42 am 1.Ic3dLatt3 said …

    ntah bila la saya dpt buat kuih cam MQ. **blushing**
    sedari kecik mmg mak tak buat kuih, sampai sekarang.. kami hanya specialize pada juadah pada hari raya.. mak tak suka kerja remeh-temeh.. mungkin menurun pada anaknya nih hehehe.. tapi anaknya yg sorang ni ada keinginan yg tinggi utk buat kuih.. insyaAllah tahun depan.. ada setahun utk practise hehe

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply