Posts or Comments 14 March 2010

Kelas Bunga Dip/Decoupage March 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 20 March 2010, Sabtu

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

************************************************************

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas decoupage di atas cawan seramik. Semua bahan akan disediakan semasa kelas praktikal. Hasil kerja boleh dibawa balik.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 March 2010, Ahad

Masa: 3:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM60

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip/decoupage yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 04 Aug 2005 01:05 am

Minggu Yang Sibuk

Minggu ni banyak benda yang berlaku, persiapan terakhir untuk ke Konvo ke 6 MMU di Melaka, ambil robe di SUPB Sdn Bhd di Sri Gombak, lawatan ke Klinik Pergigian Alam Permai, (suami tampal gigi and undergo root canal treatment), nak balik kampung ambil MIL untuk join konvo di Melaka dan banyak lagi yang bakal terjadi.

Semuanya sebab suami nak ambik scroll atas stage, can be considered as one of important events in my life apart from my graduation, bertunang and kawin ceremony…heheh..at last dpt jugak suami ku berkonvo. Ingatkan MMU dah tak nak jemput sebab ada hutang kat finance yang tak langsai. Session suami Ahad petang, harap2 la masa tu stalls jual bunga segar nak lelong bunga2 diorang…boleh la jimat skit..kalau tak satu bouquet dah cecah 30-40, dah boleh cover bayar Tol balik Pantai Timur antar MIL balik kampung..isk isk…tapi MQ dah siapkan bouquet comel sendiri…cuma bunga plastik la kan…walaupon tak berbau wangi dan tak natural, but I still think that it’s the thought that really counts. Lagipon bouquet bunga matahari ni suami boleh letak kat meja kat ofis kalau dia nak…cuma belum tulis kad lagi..kad pon nak buat sendiri…semua kalau boleh nak buat sendiri…for me personal touch is very important… lagipon mmg rasa seronok bila dpt buat benda2 kraftangan ni…:))

Nanti lepas selesai majlis konvo tu boleh la bercerita lebih lanjut…tak habis lagi nak kemas bilik2 tetamu ni…ada org nak dtg overnight baru la kalut nak berkemas…MIL plak tu kan..kena la extra kemas skit, mungkin nephew pon ada sekali nak bermalam sebelum balik Labuan…

oh ye… my lemon cheesecake dpt A+ dr SIL…dia kata sedapnya..kalau ada lagi dia nak…tak pe nanti boleh bakar lagi bagi kat SIL…seronok memasak ni kalau ada org suka mkn, tambah2 kalau org tu pon pakar memasak…rasa mcm kat sekolah dpt bintang n cikgu puji pulak…tu yg semangat tu….


One Response to “Minggu Yang Sibuk”

  1. on 04 Aug 2005 at 2:43 am 1.Beaver said …

    Would love to know what language this is…

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply