Kelas Bunga Dip Februari 2012

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini menggunakan cecair Q-Dip. Semua bahan akan disediakan. BONUS!! Demo bunga stokin.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

------------------------------------

Tarikh: 19 Februari 2012, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Puchong (lokasi akan diberitahu kepada peserta yg serius)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

Monthly Archives: July 2005

My New Cookbook


Sejak dulu MQ selalu rasa tak perlulah nak habiskan duit nak beli buku masakan, tapi sejak minat nak mencuba masakan baru datang, (tambah pula dah ada oven sekarang ni) dan sumber2 dari Internet tak cukup membantu memberi petua dan tips memasak dengan hebat, nampaknya kena la juga melabur untuk mendapat ilmu memasak ni. Lebih2 lagi bila yang nak dicuba tu bukan masakan biasa, selalu makan di restoran Western aje, sampai bila kan…teringin juga nak mencuba sendiri. Susah ke? Leceh ke cara memasaknya? Sampai jatuh harga sepinggan berbelas kadang berpuluh ringgit….

puas belek2 buku masakan di MPH, sementara menunggu masa nak menonton Fantastic 4, pusing belakang buku harga boleh tahan, masih mampu lagi nak dibayar, RM19.90, petua dan teknik yang diujar dlm buku ni pon agak lengkap berbanding kebanyakan yg MQ pernah tilik, mungkin sebab buku step-by-step, basic cooking class..(terasa macam org baru pegang sudip dan kuali pulak), ambil satu, beratur dan terus bayar.

Sampai di rumah, belek dan belek lagi. Mmg puas hati, banyak yang terjawab. Kenapa puding roti hari tu kurang menjadi, macam ni rupanya nak buat white sauce….wah! cara nak buat beef rissole sekali ngan mushroom sauce pun ada, lepas ni tak payah la nak makan kat Dave’s Deli lagi..hahaha…

Esoknya dah tak sabar nak mencuba, buat muffin ikut resepi dalam buku tu…suami kata sedap..mcm muffin Kenny Rogers…berbunganya hati, lagi kembang dari rupa muffin yang melimpah ruah sebab letak adunan sampai penuh muffin pan. Patut la org kata jangan letak adunan lebih dari 2/3 dari saiz muffin hole tu…lepas ni nak cuba resepi apa lagi ek?….

Muffins oh muffins

I would like to write more about my home made muffins, but I am so tired today. I have cleaned the house, vacuumed the carpets, cooked dinner, entertained friends, cleared the dishes and had brainstorming session with my husband about our IT business plans. In one day I became the housekeeper, unpaid cook, human dishwasher, the dinner host and a business executive.

Who said being a housewife is equal to being the Lady of Leisure?? Excuse me?!

First Entry For My Homemaker’s Diary


Welcome everyone to my homemaker’s diary…

actually ni dah masuk blog ke 3 dah yg MQ dah buat..tapi semua yg lain tak sesuaiii theme dia nak menbebel2 mcm blog org lain…selalu baca blog org je..ntah blog sapa2 pon MQ baca..homemaker la katakan..so byk la masa terluang yg leh dibuang ngan baca blog…seronok jugak dpt tau apa yg tersurat dan tersirat bila baca blog ni…yg tak kenal pon rasa2 mcm kenal je bila dah selalu sgt baca blog org tu…

nway, comel la gambo tomato ni..jumpa gamba ni masa browse carik pics yg sesuai nak letak kat website utk my homebased business…tak de kena mengena pon ngan tomato..biasa la lain yg di carik lain yg jumpa…sedar2 dah baper jam dok ngadap pc browse segala sites tapi yg nak dicarik tak dpt pon….

ok la…nak pegi buat muffin..ada beli buku masakan baru, nanti MQ update pasal buku tu..menarik la compared to majalah n buku koleksi masakan yg dipublish oleh malaysian publisher…bukan MQ nak kutuk barangan buatan mesia ke apa..cuma bila compare with the price and quality jauh sgt bezanya…nanti sambung lagi kay, keyboard off for now…

Related Posts with Thumbnails