Posts or Comments 30 July 2010

Kelas Bunga Dip August 2010

BungaTelur.com akan mengadakan kelas asas untuk mempelajari cara-cara membuat bunga telur dan bunga dulang mini dari cecair dip. Semua bahan akan disediakan. Hasil kerja boleh dibawa balik. BONUS!! Demo bunga stokin untuk yang berminat.

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Tarikh: 8 August 2010, Ahad

Masa: 2:00 - 5:00 petang

Tempat: Bilik Perbincangan 1, Pusat Komuniti Presint 16, Jalan 16G, Putrajaya (Berhampiran Alamanda)

Yuran: RM100

Terhad kepada 6 peserta

Sesiapa yang berminat, sila email ke farah@bungatelur.com, atau sms/telefon ke nombor 012 6482121 (selepas pukul 3pm) untuk maklumat lanjut. Peserta digalakkan membuat tempahan awal kerana tempat adalah terhad. Peta lokasi akan diberikan kepada peserta yang memerlukan.

Deposit 50% diperlukan untuk pengesahan tempat. Deposit tidak akan dipulangkan jika gagal menghadiri kelas. Sila hubungi untuk mendapatkan nombor akaun Maybank untuk membuat pembayaran deposit.

Untuk melihat contoh bunga dip yang dihasilkan oleh peserta kelas sebelum ini, sila lawati http://news.bungatelur.com

General MQ | 28 Jul 2005 12:57 am

Semangkuk Syiling, Sebentuk Cincin

Berpusing-pusing atas katil cuba melelapkan mata teringat cerita apa yang boleh ditulis di blog, entah tiba-tiba teringat semangkuk duit syiling tepi rak TV. Ada satu tong sampah mini yang juga berisi syiling sebelahnya. Agak-agak kalau masukkan dalam akaun BSN ada berapa ringgit nilai syiling tu? Kali terakhir masukkan syiling ke dalam akaun kena tunggu float 10 hari. Suami memang suka pecahkan duit, asal bayar apa-apa mesti guna duit kertas, tiap hari balik kerja berlambak syiling dalam poket seluar..dia keluarkan letak atas sofa. Merata-rata ada syiling sebab dah tak larat lagi nak jadi pengutip syiling. Mangkuk syiling pun dah penuh, tong sampah mini merangkap tabung tu pun dah penuh. Kena tebuk botol bedak Johnson kosong la pulak untuk jadikan tabung…hahahha…macam oldies kan nak simpan duit dalam botol bedak kosong.

Bercakap pasal semangkuk syiling ni mengingatkan MQ kisah lama masa sibuk buat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan. Macam pasangan lain kalau boleh bila nak kawin ni mesti nak segalanya yang terbaik, tapi sebab masa tu baru lagi dapat kerja jadi apa yang dihajat kena la tengok kemampuan diri juga. Yang penting mestilah cincin kawin, MQ jalan-jalan mencari cincin idaman. Ada banyak yang memikat hati, tapi bila tengok harga…alamak..tak mampu rasanya nak minta cincin semahal tu. Masuk Habib Jewels, ada satu cincin emas kuning berbatu berlian 3 butir. Kebetulan masa tu ada sales, lepas diskaun, dekat RM1000. Dalam hati berkenannya cincin batu 3 tu, tapi RM1000 tu dah boleh buat belanja tambang dan tempat tidur rombongan suami. Kawin orang jauh kena lah belanja lebih. Rombongan yang datang kena juga dihulur, sekurang-kurang sediakan tempat tidur. Belanja kenduri sebelah pihak suami pun memang semua suami yang kena tanggung. Tak tergamak rasa hati nak minta yang lebih dari kemampuan suami. Kata orang perkahwinan ni satu perkongsian, bukan takat suka dan senang saja yang kita kongsi, pahit kelat hidup itu yang selalu buat pasangan mengalah.

Akhirnya MQ ambil keputusan pilih sebentuk cincin. Harganya lebih murah dari 2 bentuk cincin yang rombongan lelaki hantar untuk merisik dan bertunang. Tapi nilainya lebih tinggi dari ribuan duit hantaran yang suami bawak dan belanja kenduri berpuluh ribu yang emak MQ habiskan. Kenapa? Sebab cincin batu satu yang tenggelam itulah tanda sebuah perkahwinan yang MQ impikan sejak lebih 6 tahun usia perkenalan. Bayarannya guna duit syiling yang selama ini suami tabungkan. Lepas syiling float 10 hari dalam akaun BSN, cincin batu satu itu pun selamat dibeli. Suami merungut juga kenapa pilih cincin yang murah sangat, macam tak bernilai pula. Kan ke cincin kawin ni..apa salahnya berbelanja lebih…Tapi nilai sesuatu benda bukan terletak pada harganya, nilainya pada memori dan kisah yang tersirat, pada sentimental value nya.

Dan setiap tahun MQ akan masuk Habib Jewels bila waktu ada sales, bukan nak membeli, tapi tengok ada lagi tak cincin berlian batu 3. Kalau boleh biarlah cincin batu 3 tu jadi hadiah anniversary 10 tahun perkahwinan. Kenapa? 3 stones tu melambangkan masa lalu yang kami lalui dengan susah payah untuk sampai ke tahap kini, masa kini yang penuh kasih sayang, dan tahun-tahun mendatang yang sentiasa membahagiakan hendaknya. The past, the present and the future.


Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Semangkuk Syiling, Sebentuk Cincin”

  1. on 28 Jul 2005 at 11:30 pm 1.Kin said …

    I thought 3 stones means “i love you”?

  2. on 29 Jul 2005 at 1:01 am 2.MQ said …

    3 stalks of red roses means i love you, 3 stones means the past, present and the future…hehehe

Trackback This Post | Subscribe to the comments through RSS Feed

Leave a Reply