A Trip To Woon Hua Flora Trading

A d v e r t i s e m e n t

Dah lama berminat nak pegi Woon Hua Trading kat Balakong ni, dia macam gudang jual bunga plastik, bunga latex and silk flowers, ada org kata bunga2 dia mcm kat SSF, ntah la SSF pon tak penah sampai.

Ingat nak beli dlm 50 inggit je..sekali bila nyonya Woon Hua tu kira..arrgghhh..RM261.70..ha? kata dia, cukup kan la 300 nanti leh dpt membership card, dpt 10% diskaun…emmm…300 kalau dpt 10% disc dah tinggal 270 tu…ishh..nak beli lagi ke aa…kata nyonya tu lagi bunga ros yg aku pilih tu tak cukup utk digubah, tambah lagi 2-3 batang…sebatang 12.50..pandai betul dia ek…tapi mmg pon tak cukup utk merimbunkan gubahan dgn bunga ros 2 batang je tu…

Pilih2 tambah lagi, dah sampai RM310.40, lepas tolak diskaun 10%, ok la…ni semua sebab beli pasu kayu 2 buah tu la..harga satu sampai 40-60…seb baik mmg cantik…lagi pon kalau tak beli pasu2 tu nak cucuk bunga2 tu dlm apa plak kan…tak pe suami kata..alang2 menyeluk pekasam biar sampai siku…kopak la kalau selalu..hati rasa nyesal lak plak beli bunga..terbang 200++, tapi bila tgk bunga tu, cantik plak..

Balik rumah terus tak sabar nak gubah..hehehe..(bukan gubah apa pon, cucuk2 je dlm pasu tu bagi nampak rimbun)..rasa macam nak enrol masuk kelas gubah bunga pulak…nak tanya la Cik Sharnas Razni, florist yg selalu masuk Wanita Hari Ini buat kelas tak kat Putrajaya…suami kata kalau ada bakat pegi la, kalau tak buang masa je…nanti la difikirkan…

Satu lagi gubahan tu bunga2 tropika, asyik tunggu heliconia kat laman tak berbunga2, beli je la heliconia plastik, ada bunga sundal malam jugak, dgn halia bara merah…(eh halia bara ke nama dia)…dah lepas snap gambar semua buat kira2 baper cost lepas gubah sendiri…yang ros tu RM137.75, yang sundal malam tu RM153.50, suami kata ok lagi tu dari bunga yang dah siap gubah dijual around 200..save lagi la kat upah tu…

Takat cucuk2 dlm pasu boleh la, kalau suruh buat gubahan canggih2 boleh ke menjadi…overall seronok la dpt pegi Woon Hua, kalau duit byk dah borong dah orkid2 latex dia, pokok2 gantung dia tu…nanti nak pegi lagi la…nak pegi lagi..nak borong lagi..kopak la laki aku….isk isk…

Related Posts with Thumbnails

3 Comments

Filed under General

3 Responses to A Trip To Woon Hua Flora Trading

  1. ady

    Cantik kan, bunga tu? Nanti boleh la amik kelas gubahan pulak… Kat Woon Hua tu pun banyak gubahan melampau harga, kos dalam RM100.00, jual sampai RM400.00!

    Glad you enjoyed the trip to Woon Hua, honey!

    Lepas ni boleh pergi lagi kalau cukup budget..

    Lots of Love,
    Hubby :-)

  2. Kin

    I like the 1st design…unique. Nak jual tak?

  3. MQ

    alamak kak kin, tu utk personal use la..bukan selalu dpt borong bunga mcm ni…tak pe nanti free time kita pegi Woon Hua tu..i’ve got ideas for my bungatelur.com..takut tak terjual je sebab cost bunga mahal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>