My New Cookbook

A d v e r t i s e m e n t


Sejak dulu MQ selalu rasa tak perlulah nak habiskan duit nak beli buku masakan, tapi sejak minat nak mencuba masakan baru datang, (tambah pula dah ada oven sekarang ni) dan sumber2 dari Internet tak cukup membantu memberi petua dan tips memasak dengan hebat, nampaknya kena la juga melabur untuk mendapat ilmu memasak ni. Lebih2 lagi bila yang nak dicuba tu bukan masakan biasa, selalu makan di restoran Western aje, sampai bila kan…teringin juga nak mencuba sendiri. Susah ke? Leceh ke cara memasaknya? Sampai jatuh harga sepinggan berbelas kadang berpuluh ringgit….

puas belek2 buku masakan di MPH, sementara menunggu masa nak menonton Fantastic 4, pusing belakang buku harga boleh tahan, masih mampu lagi nak dibayar, RM19.90, petua dan teknik yang diujar dlm buku ni pon agak lengkap berbanding kebanyakan yg MQ pernah tilik, mungkin sebab buku step-by-step, basic cooking class..(terasa macam org baru pegang sudip dan kuali pulak), ambil satu, beratur dan terus bayar.

Sampai di rumah, belek dan belek lagi. Mmg puas hati, banyak yang terjawab. Kenapa puding roti hari tu kurang menjadi, macam ni rupanya nak buat white sauce….wah! cara nak buat beef rissole sekali ngan mushroom sauce pun ada, lepas ni tak payah la nak makan kat Dave’s Deli lagi..hahaha…

Esoknya dah tak sabar nak mencuba, buat muffin ikut resepi dalam buku tu…suami kata sedap..mcm muffin Kenny Rogers…berbunganya hati, lagi kembang dari rupa muffin yang melimpah ruah sebab letak adunan sampai penuh muffin pan. Patut la org kata jangan letak adunan lebih dari 2/3 dari saiz muffin hole tu…lepas ni nak cuba resepi apa lagi ek?….

Related Posts with Thumbnails

Leave a Comment

Filed under General

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>